Punca berlakunya kecacatan pada kanak-kanak yang berkeperluan khas ini
terbahagi kepada tiga. Antaranya ialah :
- Peringkat prenatal (sebelum kelahiran bayi)
Dalam peringkat ini, baka merupakan faktor
utama kerana mutasi dalam kromosom telah
menyebabkan berlakunya Sindrom Down. Mengikut fakta biologi, kanak-kanak
normal mempunyai 46 kromosom namun ianya berlainan berbanding dengan
kanak-kanak Sindrom Down dimana mereka mempunyai 47 kromosom
Selain
itu, jangkitan penyakit juga merupakan salah satu puncanya. Jangkitan ini akan
menyebabkan kecacatan di bahagian otak dan sistem saraf sewaktu proses
mengandung. Ibu yang menghidapi campak, rubella, atau siflis akan menyebabkan
kecacatan embrio. Rubella merupakan sejenis demam campak manakala siflis ialah
sejenis penyakit berjangkit melalui hubungan sulit.
Dalam peringkat ini juga, dadah dan alkohol
juga menjadi punca berlakunya masalah ini. Dadah dapat dijumpa dalam pelbagai
bahan seperti bahan pembekuan, pencegahan pembekuan, steroid, dan sebagainya.
Namun, penggunaan dan pengambilan bahan ini oleh ibu yang sedang mengandung
mestilah mendapat nasihat dan persetujuan daripada doktor. Alkohol boleh
membantutkan tumbesaran janin yang sedang membesar dan ini mampu menjejaskan
sistem perkembangan otak dan badan bayi.
Dari segi pemakanan pula, zat makanan yang
kurang mampu menjejaskan perkembangan janin. Sebagai contoh, kekurangan zat-zat
penting seperti zat besi, kalsium dan lain-lain. Tabiat mengamalkan amalan pemakanan
yang tidak seimbang juga merupakan salah satu punca kejadian ini berlaku.
Misalnya, mengambil makanan yang tinggi dengan kuantiti gula dan lemak.
Seeloknya, ibu mengandung haruslah mengikut tabiat pyramid makanan yang
disarankan dan mendapatkan nasihat daripada doktor. Kekurangan protein dan
vitamin seperti vitamin A, vitamin D, dan sebagainya dapat mempengaruhi
perkembangan janin.
Selain daripada itu, bahan kimia atau sinaran X
juga adalah salah satu daripada puncanya. Pencemaran alam sekitar oleh bahan
kimia memberi kesan yang dalam kepada kesihatan. Hal ini kerana, bahan kimia
tersebut akan masuk ke dalam tubuh melalui air, makanan, dan udara. Percubaan si
ibu itu untuk menggugurkan kandungan tetapi gagal akan memberi kesan kepada
bayi. Hal ini disebabkan oleh masalah mikroorganisma yang menganggu
perkembangan janin dan fetus akan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti
kerencatan mental.
- Peringkat perinatal (semasa kelahiran)
Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup
matang dan berat badan kurang daripada 2.5kg mempunyai risiko yang tinggi untuk
mengalami kecacatan. Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan
kematangan organ dalaman janin yang sedang berkembang. Peluang untuk hidup
adalah tinggi bagi bayi yang usia kandungannya adalah 21-34 minggu, berbanding
dengan bayi yang usia kandungan yang kurang atau lebih daripada itu. Punca
utama bagi kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang serta
penggunaan dadah dan merokok.
Selain itu, ibu yang mengalami kesukaran
melahirkan anak seperti terpaksa menggunakan forcep dan vakum semasa proses
kelahiran berkemungkinan besar akan mengakibatkan kecacatan bayi. Penyakit
herpes simplex iaitu penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks. Ibu yang
menghidap penyakit ini terutamanya di bahagian genetalia mempunyai kemungkinan
tinggi melahirkan bayi cacat. Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh
mencederakan otak seseorang bayi sehingga menyebabkan kerencatan mental.
- Peringkat pasca natal (postnatal)
Peringkat ini merujuk kepada selepas kelahiran
bayi dimana bayi yang dilahirkan tanpa sebarang kecacatan masih berkemungkinan
mengalami kecacatan yang disebabkan oleh penyakit, keadaan persekitaran dan
kemalangan. Penyakit tersebut adalah seperti penyakit Encephalitis yang
disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan akan menyebabkan
kerencatan otak jika tidak dirawat. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan
yang dijangkiti rabies. Penyakit Meningitis pula disebabkan oleh virus dan bakteria
yang menyerang tisu otak dan tulang belakang. Tanda penyakit ini ialah demam,
sakit kepala, sakit mata dan muntah. Sekiranya penyakit ini tidak dirawat
dengan segera, kerencatan akal akan berlaku.
Persekitaran seperti kehidupan keluarga
yang miskin akan menyebabkan kekurangan kemudahan dan bahan untuk
memperkembangkan fizikal dn mental. Kebanyakan saintis berpendapat bahawa IQ
seseorang boleh berubah mengikut keadaan dan alam sekeliling. Pencemaran alam
sekeliling juga boleh menyebabkan kerencatan mental kepada kanak-kanak yang
terdedah dengan logam berat seperti plumbum dan merkuri melalui makanan atau
pernafasan. Mereka akan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran, masalah emosi
dan sebahagiannya akan mengalami kerencatan akal. Contoh bagi keracunan plumbum
atau lead poisoning ialah seperti cat rumah, paip air dan petrol.
No comments:
Post a Comment