Walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, komunikasi,emosi dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Sehingga kini tiada siapa tahu bagaimanagangguan ini boleh berlaku. Biasanya Autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun.Dianggarkan bahawa Autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1000 orang danAutisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Autisme jugalebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih. Malahan, saiz otak kanak-kanak Autisme jugatidak sama seperti kanak-kanak normal kerana ada yang lebih besar.
DEFINISI AUTISME
Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan Autisme berasal daripada perkataanbahasa Greek iaitu “autos” yang bermaksud sendiri.Dalam situasi ini,autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap Autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain, pengasingan diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk “Does Television Cause Autism?” menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap Autisme.
Menurut kamus Oxford AdvanceLearner Autisme ialah “a mental
condition in which a person is unable to communicate or formrelationships with
other”. Kamus Electronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan
bahawa Autisme ialah “a disturbance in phycological development in which use of
language, reaction to stimuli, interpretation of the world, and the formation
of relationshipsare not fully established and follow unusual pattern”. Maka
dapat disimpulkan di sini, Autisme merupakan ganguan psikologi terhadap perkembangan
komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan sentuhan.
Menurut Dr. Widowo Judarwanto pula di dalam jurnalnya yang
bertajuk “Pencegahan Autis Pada Kanak-Kanak”, kebiasaannya Autisme tidak
langsung mempedulikan suara, penglihatannya ataupun perkara-perkara yang
berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberireaksi terhadap sesuatu
perkara, kebiasaannya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara
tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.
No comments:
Post a Comment